Followers

Menghitung Hari

Daisypath Wedding tickers

Monday, February 14, 2011

Ada Apa Dengan 14 February??

assalamualaikum...
dah lame tak update blog...agak sibuk sikit 2 3 hari ni...
hari ni baru ada peluang nak update blog...kebetulan kat ofis ni tak banyak kerja nak di buat...

hari ni 14 February 2011...
ada apa sebenarnya dengan 14 February ni?



setiap tahun pastinya 14 February sangat dinanti-nantikan bagi remaja yang bercinta..kononnya hari ini adalah hari untuk mereka memperingati kekasih dan membuktikan cinta mereka...

tetapi,

ini adalah amalan barat yang tentunya amalan kristian yang sudah menular ke negara kita...jadi sebagai ummat Islam, kita tak sepatutnya terpengaruh dengan amalan ini....
jika kita renungkan dan fikirkan, untuk apa lah kita menyambut valentine day...hanya dengan cara menyambut hari ini ke kita boleh buktikan cinta kita kepada kekasih?

kebiasaannya, valentine day disambut dengan keluar ber'dating' dan berfoya-foya bersama kekasih...amalan memberi kad ucapan, bunga, hadiah dan macam2 lagi sebagai tanda memperingati kekasih juga menjadi amalan yang sering dilakukan oleh remaja...ada sesetengah remaja sanggup mengadaikan maruah demi membuktikan cinta dan taat setia kepada kekasih..sesungguhnya budaya yang meniru amalan barat dan agama kristian ini salah dan jauh terpesong dari ajaran Islam..

oleh itu, remaja Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak sama sekali terpengaruh dengan amalan ini.....

jika difikirkan secara terbuka, mungkin ada yang berpendapat tak ada salahna jika kita meraikan hari kekasih selagi kita tak melakukan perkara maksiat, tetapi cuba di renungkan semula sejarah valentine...

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ). Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.
Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.(sumber:
Amal Jariah )

jadi, perlu ke kita menyambut perayaan ini???
fikir-fikirkan lah....

No comments:

Post a Comment