Followers

Menghitung Hari

Daisypath Wedding tickers

Saturday, April 30, 2011

setelah seminggu tak menaip.......cik nurul kembai dengan Maklumat Tunas Mekar

seminggu aku tak update blog....gile pemalas aku niyh....huhu...bukan pemalas la, aku bz giler...banyak giler keje yang aku nak kne settle kan dalam minggu ni....
hari ni tetibe dapat kerajinan dan kelapangan nak mengupdate..heeeee...=D
kan last week aku pegi apply tunas mekar, ramai yang tanya aku pasal ni....so ni jawapan aku....
- APA ITU TUNAS MEKAR?
  • Projek Tunas Mekar adalah ilhamY.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasilkan manfaat kepada semua pihak terlibat. Graduan akan ditempatkan bersama pengusaha selama satu hingga dua tahun untuk mendapat pengalaman praktikal disamping membantu pengusaha. Pensyarah UiTM pula akan memberi nasihat rundingan secara bulanan kepada perseta.

-APA OBJEKTIF PROJEK NI?
  • Projek ni bagi peluang kpd graduan untk menimba pengalaman dalam bidang perniagaan dan menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan.
  • Membantu usahawan IKS luar bandar memajukan perniagaan dengan kaedah pengurusan dan teknologi moden.
  • Menjadikan Projek Tunas Mekar sebagai satu agenda dan strategi memakmur dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
 -SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
  • semua graduan diploma dan ijazah dari Universiti yang diiktiraf. mereka yang telah lulus peperiksaan akhir tetapi belum konvokesyen juga boleh memohon.

-BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
  • bagi yang berminat boleh la mohon secara online kat sini...kalau nak lebih senang, jumpa koordinator Tunas Mekar di kampus cawangan UiTM setiap negeri...nak tau sape coordinator klik sini...
-APA BENEFITNYA?
  • Peserta akan diberikan elaun sebanyak RM800 sebulan...kalau pengusaha bagi gaji, lagi la untungnye...contonhnye gaji RM500 + elaun RM800 = RM 1300....ilmu pon dapat...pastu nanti dapat peluang untuk bukak bisnes sendiri...=)

biasanya student UiTM lebih terdedah dengan projek ni...tapi peluang untuk menyertai projek ni dibuka untuk semua graduan U...so, mungkin entri ni dapat membantu sedikit sebanyak bagi yang berminat..

3 comments:

  1. tq cik puteri maz.. esok saya kne gi interview tunas mekar ni..wish me luck ! uitm dihatiku~~

    ReplyDelete